loader image

KUNJUNGAN HORMAT CEO OF PERMAI POLYCLINICS GROUP KE ATAS PESURUHJAYA POLIS SABAH

Picture of Editor
Editor

Permai Polyclinics

Sumber : Facebook Polis Sabah
 
 
Kota Kinabalu, 27 September 2024 (Jumaat) – CP Datuk Jauteh Bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada CEO Of Permai Polyclinics Group yang merupakan ahli komitee Association of Private Practitioners Sabah (APPS), Dr. Maung Khaing Lyn dan delegasi bertempat di Holding Room, Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah, IPK Sabah, disini.
 
Pertemuan ini juga antaranya membincangkan isu-isu semasa, bertukar pendapat, selain dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan baik di antara pihak PDRM Sabah dan pihak terlibat amnya.
 
Turut hadir sama, Ketua JPJKK Kontinjen Sabah SAC Tuan Mohd Azhar Bin Hamin, DSP Sabrina Jinius, PT Pentadbiran Jabatan Pengurusan IPK Sabah serta delegasi rombongan.
 
Share this post:
Need more information?